بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِوَبَرَكَاتُهُ
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِوَبَرَكَاتُهُ
Aqiqah disebut dalam hadith :-
”Bersama bayi yang lahir itu aqiqah, maka kerna itu
mengalirkanlah darah (sembelihan) untuknya, dan jauhkan baginya segala
kesakitan (godaan syaitan) ( Riwayat Al-Bukhari)
“Setiap anak perlu dipajakkan (terhutang) dengan aqiqah, disembelih untuknya pada hari ketujuh umurnya, dan diberi nama dan dicukur rambut kepalanya” ( Riwayat Ashabus Sunan )
Aqiqah itu pula dari sudut bahasanya adalah ‘tolakan’, iaitu tolakan dari gangguan dan godaan Syaitan.
Berkenaan beri kepada non muslim, saya dapati tiada dalil mahupun pendapat ulama yang meletakkan syarat bahawa si penerima adalah orang Islam sahaja. Justeru… Wallahu a’lam.. saya kira ianya adalah harus.
Cuma sudah tentu yang lebih baik adalah penerima dari kalangan orang Islam kerana diharapkan adalah sipenerima memahami lalu mendoakan si kanak-kanak tadi apabila menerima hidangan hasil aqiqah itu. Jika beri pada bukan Islam, manalah mereka faham aqiqiah tu apa ..
Falsafah ‘aqiqah adalah sebagai tanda kesyukuran bagi anugerah
cahaya mata yang dikurniakan oleh Allah SWT. Justeru ia lebih baik di kongsi
sesama Islam. Ini kerana ia juga seumpama satu peringatan kpd yg lain untuk
beraqiqah juga untuk anak mereka (jika belum). Non-Muslim tiada peruntukan
aqiqah..
Sebagai tambahan info ; Kebanyakkan ulama menggalakkan daging
dari hasil sembelihan itu dimasak terlebih dahulu sebelum di edarkan kepada
faqir miskin, jiran tetangga walaupun mereka kaya.
Bagaimanapun, menurut satu pandangan :-
” Daging aqiqah dan korban haram diberi kepada bukan Islam
kerana korban dan aqiqah merupakan amal ibadah kepada Allah. Ia bertujuan untuk
bertaqarrub kepada Allah. Ini ada disebut dalam Fatwa Syeikh Ahmad al Fatthani.
Tapi kalau bukan Islam nak beli satu bahagian daripada daging
lembu itu untuk kegunaan peribadi, bukannya utk korban, maka harus hukumnya
menurut Syeikh Daud al fatthani dalam Furu’ul masaa’il. ”
Komen saya :
Ada benarnya, ini salah satu ijtihad yang sangat boleh dipegang.
Bagaimanapun, ia tidak qat’ie dan ia masih dalam kategori perkara furu’/cabang.
Jika hujjah utama oleh beberapa ulama terulung tempatan di atas
adalah “ia hal taqarrub”..maka anda boleh berhujjah bahawa hal taqarrub itu
adalah terhenti di ketika niatnya, sembelihan dan hidangan dibuat..adapun hal
ehwal mengedarkannya tidak lagi termasuk dalam hal yang menjadi syarat kepada
taqarrub itu. Ia lebih kepada hal kemasyaratan sahaja.
Seperti solat.. ia adalah hal taqarrub kpd Allah..maka ada rukun
dan syaratnya untuk memenuhi taqarrub yang disasarakan demikian juga solat di
tempat yang suci adalah syarat sah utk taqarrub solat ini, tapi samada sejadah
itu dibeli dari kedai non muslim atau tidak.. maka ia tidak memberi kesan kpd
ibadah solat…ia cuma kurang digalakkan sahaja.
Dan mengedarkannya daging aqiqah kpd muslim sahaja, bukanlah
menjadi syarat sah aqiqah dalam semua mazhab (kecuali jika saya tersilap, iaitu
ada mazhab yg menajdikannya syarat sah aqiqah).
Malah jika seseorang bersedeqah kepada seorang bukan Islam di
ditemuinya di keadaan yang amat memerlukan. Adakah tiada pahala baginya Ini tidak benar sama sekali, derma dan kebaikan yang dilakukan
oleh Umat Islam adalah bersifat ‘taqarrub’ kepada Allah, dan ia pasti diterima
walaupun penerima bantuan itu seorang kafir. Cuma, jika ada dua peminta antara
Muslim dan kafir, sudah tentu lebih besar pahalanya diberikan kepada si Muslim.
Bagaimanapun, ia tidak menjadikan hukum HARAM untuk diberi kepada si bukan
Islam.
No comments:
Post a Comment